Surau As-Salikin,Kg Jeram,Beserah,Kuantan.

MANHAJ (JALAN) GOLONGAN YANG SELAMAT

  • Jadual Kulliyah

    Kulliyah Bulanan setiap minggu Pertama oleh Ustaz Hassan Zahari drp Pengajian Pondok Lubuk Tapah dan antara ilmu pengajiannya:- 1) Tafsir Al-Jalalain 2) Tasawwuf, 3)Fardu Ain dan 4) Tauhid.
  • Visitor

    • 1,462 hits
  • kategori

Pengajian Pondok

Falsafah Pendidikan dalam Islam

Sabda Nabi Muhammad S.A.W dari Kitab Hidayatus Salikin: Ertinya “ Sesungguhnya bahawa berpagi – pagi seseorang kamu, maka belajar ia akan satu bab darpada ilmu, niscaya terlebih baik baginya daripada bahawa ia sembahyang sunat seribu rakaat.”

Pendidikan dalam islam ialah satu proses latihan aqliah, jasmaniah, rohaniah dan ijtimaiah, serta akhlak manusia berdasarkan kepada nilai-nilai islam yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunah bagi melahirkan manusia yang sempurna dan bertaqwa.

Matlamat pendidikan Islam adalah melahirkan individu yg serba lengkap dari segi rohani, jasmani, sosial bagi mencakupi fizikal, rohani, mental dan sosial menurut pembentukan rohani bagi melahirkan insan kamil dan individu yang bertakwa.

Bagi melahirkan sistem pendidikan secara Pondok Tradisional maka pihak Surau As-Salikin telah berusaha untuk mewujudkan dan menghidupkan corak pendidikan tersebut. Kelangsungan dari persetujuan jemaah dan hasil sumbangan tuan tanah disekitar Surau Salikin maka inisiatif kearah membangunkan Pondok tersebut telah berjaya dimulai.

lang_1ihsan : Langkah pertama kearah perbincangan mewujudkan pengajian pondok bersama Ustaz Hassan Zahari drp Pondok Lubuk Tapah, Kelantan

Hasil permuafakatan, Ustaz Hassan Zahari bersetuju untuk menerajui dan menjayakan matlamat tersebut dan langkah-langkah awal telah dimulai.

Pihak Surau As-Salikin juga telah melancarkan tabung pembangunan pondok dimana penceramah serta pendakwah terkenal Syeikh Nurrudin Al-Banjari Al-Maaki telah dijemput untuk melancarkan tabung kutipan tersebut.

lag_2ihsan : Hari pada ceramah dan perlancaran tabung pembangunan pondok As-Salikin.

Terdapat juga sumbangan drp penduduk setempat dengan mewakafkan rumah yang dirasakan sesuai untuk diambil kayu yg masih elok bagi penyedian asas bagi pembinaan infrastruktur.

lang_3ihsan : Kerja-kerja meleraikan rumah yg diwakafkan kpd pihak Surau.

Pihak surau juga telah membuka Akaun Pembangunan Pondok ( klik diisini bagi mendapatkan akaun tersebut ) bagi melaraskan dana-dana yang akan  diperolihi hasil sumbangan serta derma drp orang ramai.  Untuk makluman kerja meratakan tanah serta mendirikan infrastruktur telah berjalan dengan lancar melalui semangat gotong royong masyarakat setempat.

map_pondok1

ihsan : kawasan yg diperuntukan untuk kawasan pengajian

Kerja meratakan tanah telah pun dilakukan di kawasan yg telah dicadangkan untuk mendirikan rumah penginapan bagi tenaga pengajar serta Pengetua Pondok.

lihat m/surat sebelah ->

Laman: 1 2 3 4 5