Surau As-Salikin,Kg Jeram,Beserah,Kuantan.

MANHAJ (JALAN) GOLONGAN YANG SELAMAT

  • Jadual Kulliyah

    Kulliyah Bulanan dan Harian oleh Mundir Pondok Pebgajian As-Salikin Ustaz Hassan Zahari pengajian secara bertalaqi Kuliah Harian ( sesi malam ) i.Minhajul Abidin ( Iman Ghazali ) hari Rabu. ii.Munyatul Musoali ( Sh Daud Al-Fatani ) hari Jumaat. iii. Nisbah hu Munir ( kitab Aqidah ) hari Isnin. Kuliah Harian ( sesi zohor ) i. al-adzkar ( Iman Nawawi ) setiap Hari. Kuliah Bulanan ( sesi Dhuha ) i.Tafsir Jalalain - Hari Ahad minggu Pertama. ii.Penawar bagi Hati ( tasauf ) -Ahad minggu Pertama iii. Darus Samin ( usuluddin ) - Ahad mln Isnin.
  • Visitor

    • 14,544 hits
  • Kategori

Salam Pengenalan

Posted by Sheikh di November 6, 2008

bis Dengan nama Allah ku mulai laman ini agar beroleh keberkatan dan kerahmatan serta salam dan selawat keatas Rasullah S.A.W dan keluarga baginda serta sahabat baginda. Semoga segala usaha kearah mencari keredhaan Allah diberkati agar beroleh manafat kepada mereka yang mencari ilmu sebagai persiapan kepada bekalan diakhirat  kelak.

salikin2 Ihsan : Surau As-Salikin, Kg Jeram, Beserah, Kuantan.

Lokasi : Surau As-Salikin terletak diatas Lot 193, Mukim Beserah seluas 1.25 ekar yang diwakafkan oleh pemiliknya. Mula dibina pada awal 2001 dengan sumbangan orang ramai sepenuhnya dan siap untuk digunakan pada awal 2003.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lokasi serta panduan untuk datang ke Surau As-Salikin ( klik map_salikin1 sebagai panduan peta dari statelit )

Aktiviti : Majlis-majlis ilmu sentiasa diadakan dari masa kesemasa untuk muslimin dan muslimat disekitar kawasan ini yang disampaikan oleh penceramah-penceramah tempatan dan luar. Sambutan memperingati hari-hari kebesaran islam juga diadakan.

Perancangan :Perancangan pada masa depan ialah untuk mendirikan komplek pondok pengajian secara tradisional diatas tanah dan kerja-kerja permulaan kearah perancangan tersebut telah dimulakan secara gotong royong oleh penduduk disekitar Beserah.

nurudinIhsan : Gambar Syeikh Nuruddin Al-Banjari di As-Salikin.

Ceramah Umum serta pegajian secara kitab merupakan salah satu aktiviti penting dlam menghidupkan majlis ilmu dikalangan masyarakat.

Disamping itu pihak Surau juga ada menyediakan pelbagai maklumat di Laman Web surau ini untuk dimanafaatkan berdasarkan kepada perkembangan sains dan teknologi.

Pelawat boleh mengunakan laman ini bagi mendapatkan pelbagai :

i. islamic e-books

ii.Hadis ,

iii.Al-Quran Digital dan juga

iv.Multimedia player ( mp )

yang berkaitan dengan perkembangan islam secara “printed” atau secara “live” dan peristiwa yg berlaku.

Pihak Surau As-Salikin juga menyediakan penginapan secara ” Homestay” kepada mereka yang bermusafir dan dikenakan  jumlah sewa yang berpatutan secara harian dimana hasil penyewaan tersebut akan digunakan untuk aktiviti Pembangunan Surau dan Pondok. Bagi mereka yang ingin menyewa penginapan tersebut bolehlah menghubungi mereka seperti dibawah:

i Haji Talib – Mobile Phone : 019-9118014

Tuan/Puan juga boleh melawat laman web ” homestay ” tersebut dengan menghubungi Tuan Haji Talib seperti diatas bagi tujuan penginapan.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »